Berdiri Antara Panji-Panji
Aroma apakah itu datang dari kawah Akasia apa gabungan tujuh warna Tujuh asapan menyeluruh Dilanggari bedak batu pada tubuh Pada bentar tusukkan logam emas Satu tumbukan jitu kesan pahat Pada benar tusukkan berlian Satu wajah sinar sifatnya intan Gundah terpukau menapak lupa Berkata ibu khutbah Sedangkan tundak Si Gajah Putih Inikan pula sekeping hati Intravena tantrika Nafsu-nafsi diterajui Intravena tantrika Sentuhan semesta carut Setiap halba dari kuasa ungkapan Setiap kasih dari tilawah Simpulan walau dari seurat belacu Tunduklah pada mahabbah Intravena tantrika Manakah daya menolak gahir Intravena tantrika As-Sihru'l-Aswad
Submitted by Iron_Wraith — Jun 06, 2026
Agan matinya cenubung Derai kaca, serpihan kelongsong putih Adunan hakikat dan seru Peram sebati empat puluh Tengkorak seakan menelan krustasia Bahasa apakah yang di bicara Jiwa merusuh, karut tabiat Rajikkan empat rasukkan Jiwa merusuh, karut tabiat Galir darah beretoskan puaka Desingan loceng kemusnahan Badai yang menghempas pantai Api yang merentas arteri Menjunjung titah tuan Turuti arahan ibu Menyahut pada seruan Di puja berfungsi pengaruh Bersenjakan fajar As-Sahar Berfajarkan senja sihru Meresapi hipotalamus Kemudi akal, kemudi jasad Minduk dari gumpalan tanah Tapak itu berpenunggu Melihat bekas buluh Hakikat dan seru Penutupnya gelembung bernyawa Tengkorak seakan menelan krustasia Bahasa apakah yang di bicara Jiwa merusuh, karut tabiat Rajikkan empat rasukkan Jiwa merusuh, karut tabiat Galir darah beretoskan puaka
Submitted by Iron_Wraith — Jun 06, 2026
berdiri antara panji panji terhampar luas medan tempur mungkin ini akhir pertemuan perhitungan kau dan aku pernah dulu kau kafankan aku semesta alam kau khabarkan dengki pernah dulu kau laungkan benci dengan angkuh aku masih berdiri puas sudah ku maki haram babi perangi nista ciptaan benci puas sudah ku cincang mati melihat kau rebah menjilat dengki mana pergi warkah sufi mu hingga kau jilat ludah basimu mana pergi pedang perak saktimu cairkah besi!!!irama mendayu? masihku ingat cita muliamu hijrahkan dosa ciptakan cahaya rupakan dian ditiup sangkala gelapnya alam alis matamu marah itu sifat terpuji? sematkan didada sampai mati dendam membara seumpama api lawanlah seteru sematkan di hati marakkan dendam mu selagi berdiri ku bakar janggut mu ku cincang lidahmu ku sula hatimu ku salai jantungmu sememangnya kau jijik memang kau terhina wahai kau makhluk setan gondolan.
Submitted by Iron_Wraith — Jun 06, 2026
Mencakar campa calar terkujur Manakan maut meliuk cempera Mengeluh kelisah hampas gementar Menjilat lidah kazab mu nafsi Maharana mimpi marahi mentari Renangi badi rempuhkan tari Rantasan nadi santapan hati Dendam kesumat, sampai mati Hidup kerana kebangsatan Dan mati kerana kebaruaan Setua anggara betina malam Setia barua apakala membaham Cercaan berakah elusan mimpi Biar adat kau cemari Setia kau biarpun berdusta Gah hamba biar durhaka Hidup kerana kebangsatan Dan mati kerana kebaruaan Setua anggara betina malam Setia barua apakala membaham
Submitted by Iron_Wraith — Jun 06, 2026
Di bawah kelopak ada gelombang Pejam mata yang bersangatan Lenakah kau pada mimpi ngeri Pada rongga hanyirnya darah Di bawah tanah ada tertanam Kain hitam dan miang buluh Di bawah tanah ada tertanam Besi bat dan tulang kokang Di luar sana ada salakan memanjang Banyak kesan, banyak natijah Apakah bentuk jelmaan Kala atau ular bisa Tegang, urat menjadi tegang Lebam biru wajah di hembus angin Bahang, raut melecur kesaktian Kuping ku ingin pantas mencari azan Al-Hulm – Tersepit di celah rekahan Al-Hulm – Bermandikan percikkan darah Al-Hulm – Makhluk apakah yang menerkam Al-Hulm – Makhluk apakah itu yang bertanduk Al-Araq – Berdengus, bersuara asing Al-Araq – Meronta seraya menghamun Al-Araq – Jeritan ribut histerikal Al-Araq – Minda resah terbiar Didalangi siapa Siapa dalangnya Psikologi atau emosi
Submitted by Iron_Wraith — Jun 06, 2026
Sayang mastica nama terindah Tinta hitam hatinya meludah dusta Sayang mastica melacurkan bangsa Jajakan fitnah palsukan fakta Mengapa harus berzina noda? Mengapa harus Al Quran dibakar? Mengapa harus menjamah babi? Mengapa harus minum darah kambing? Mastica - pembohong pencaci umat Mastica - pencabul pembangsat bangsa Mastica - pendusta konon pembela bangsa Mastica - kitab politik zine Black Metal Mana pergi video pemujaan JIT Ingin kulihat aksi berahi dan geli Mana pergi Hammer Pakcik Paku Bolehku pinjam mengetuk pintu Jangan baling batu sembunyi tangan Menuduh orang berzina, mana buktinya? Mana saksinya Al Quran dibakar? Tak baik menipu, nanti mati jadi hantu
Submitted by Iron_Wraith — Jun 06, 2026
Aku datang mencari mu Datang mengetuk pintu hati Ku sirami benih bibit asmara Ku genggam nadi, irama birahi Terasa panas, mengalirnya darah Cairkan gundah duka nestapa Diciptanya api untuk membakar Membakar perasaan Adam dan Hawa Sejak azali du hatimu ku bertakhta Ku pimpin tangan, ku belai hati mu Ku bisik kata, syair nan indah Aku cinta kepada mu!!! Akulah nafsu, was-was nafsi Akulah kekasih mu, akulah illusi Takluki hati mu, cita nan satu!!! Bukankah aku telah berjanji Mencintaimu sepenuh jiwa Bukankah aku telah berjanji Menemani mu ke akhir hayat Apa mahu mu? ku di beri kuasa cipta Kuasa pembunuh, nikmat dan syorga Asala kau setia, kitakan bersama Layari bahtera menuju neraka!!!
Submitted by Iron_Wraith — Jun 06, 2026
darah yang merah dan pekat itu adalah kebencian adalah dendam, adalah petaka, adalah kekalutan, adalah mimpi,semalam...... darah yang merah dan pekat itu adalah aku adalah kamu.. adalah kebencian adalah dendam.. adalah punca kemarahan ku... dalam aku ada kau.. dalam kita ada darah yang sama.. dalam aku ada kau.. biar mati aku rela.... ku dengar... di utara... api mentah yang sedang marak.... di selatan banyak bangkai mayat... di timur berhala rebah ke b__i.. di sini keris sakti melayang.... dan jangan aku kau sengaja lupa... dalam kita ada darah yang sama... biar lah purnama 13 menjadi saksi... dan jangan kau terlupa dalam kita ada darah yang sama... darah yang sama... darah yang sama!!!! hujan api...besi tersurat dalam bangsaku adalah api yang sedang membara ada hutang yang belum di langsai kan.. dalam aku ada kau.. dalam kita ada darah yang sama... darah aku ada kau.... darah yang merah dan pekat itu... adalah aku adalah kamu.. adalah kebencian adalah dendam.. adalah punca kemarahan ku!!!
Submitted by Iron_Wraith — Jun 06, 2026
Mula alam gelap dan sunyi Kemudian datang angin kering Guruh dan kilat di langit Membelah Bumi Membakar setiap jiwa kosong If you like metal you’re my friend Fighting for metal, metal that's real Brothers of metal will always be there Standing together will hand in the air Kemudian diciptanya api dan besi Keras menyambar sunyi alam Membakar panas pentas malam Dan laungkan semangat HEAVY METAL!!! If you like metal you’re my friend Fighting for metal, metal that's real Brothers of metal will always be there Standing together will hand in the air Heavy metal thunder Heavy metal rules Heavy metal universe Heavy metal king King of metal, fighting the world 7th son of & 7th son, never say die Ride the lightning, triumph and agony Rust in peace, into the glory ride Heavy metal thunder Heavy metal rules Heavy metal universe Heavy metal king
Submitted by Iron_Wraith — Jun 06, 2026
Instrumental
Submitted by Iron_Wraith — Jun 06, 2026